Make your own free website on Tripod.com

Ikan Terubuk Kukus Oyster

 

Resipi sumbangan: Suraya Mohamad Ali

 

Bahan-bahan:

 

Bahan A

 

2 biji cili merah di mayang halus

 

Halia sebesar ibu jari di mayang halus

 

3 ulas bawang putih dimayang halus

 

1/2 biji bawang besar dihiris

 

2 keping asam gelugor

 

garam dan perasa aji-no-moto secukup rasa

 

1 sudu besar sos oyster

 

Bahan B

 

1 ekor terubok (dipotong dua)

 

Daun sup sebagai hiasan

 

Caranya:

 

Sediakan periuk untuk mengukus. Masukan ikan ke dalam satu bekas dan

 

taburkan bahan A ke atas ikan tersebut. Jangan masukkan air kerana ikan

 

yang dikukus akan mengeluarkan air sendiri. Selepas itu, masukkan bekas berisi

 

ikan tadi ke dalam bekas pengukus dan kukus selama 45 minit.

 

Selamat Mencuba.