Make your own free website on Tripod.com

Ikan Terubuk Sumbat Special
Kiriman: zuriana zulkafli
Sumber: ibu mertua
Hits: 0 Rating: 0.00 Review: 0

 

Bahan-Bahan:

Bahan A:
1 ekor Ikan terubuk sederhana besar (dibelah belakang dan dibasuh bersih)
biji kelapa parut
1 helai daun kunyit (dihiris halus)
3 biji limau kasturi

Bahan B:
1 camca teh jintan halus
1 camca teh jintan kasar
12 biji cili padi
3 biji cili merah
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
3 batang serai (dihiris halus)
1 kiub ikan bilis
sudu teh gula

Cara:

1. Kisar / tumbuk semua bahan B hingga halus. perahkan air limau kasturi.

2. gaulkan bahan yang telah dikisar/tumbuk tadi dengan kelapa parut dan daun kunyit hingga rata.

3. sumbatkan kedalam ikan terubuk yang telah diperap dengan serbuk kunyit dan garam.

4. bungkus di dalam aluminium foil. dan bakar atas api sederhana (boleh juga dibakar dengan meletakkan ikan yang telah dibungkus di dalam kuali). bakar lebih kurang 20-30 minit.

Cadangan Hidangan:

hidangkan panas-panas bersama nasi.sesuai dimakan ketika berbuka puasa atau makan tengahari/malam.

Tambahan:

mesti cuba. dijamin sedap dan menyelerakan...