Make your own free website on Tripod.com

Terubuk Bakar Ala Sultan


Hits: 19 Rating: 0.00 Review: 0

Bahan-Bahan: Ikan Terubuk (Dibelah belakang dan tidak
tidak dibuang sisiknya)
Daun Kunyit
Daun Pisang (Untuk membungkus ikan)

Bahan Kisar:
Cili Kering
Kelapa parut
Bawang Merah
Kunyit hidup/ Kunyit serbuk
Sedikit air asam jawa
Sedikit garam
Bahan untuk membuat air asam :

Buah Mangga Muda / Buah Tomato (dihiris)
Bawang Besar (dihiris)
Air Asam Jawa / Air perahan limau nipis

Bahan untuk ditumbuk:
Cili Api
Belacan
Garam

Cara Menyediakan Air Asam :

Gaulkan kesemua bahan yang dikisar dan dihiris bersama air asam jawa/ air limau nipis di dalam sebiji mangkuk yang besar. Sedia untuk dicicah bersama ikan terubuk bakar Ala Sultan.
Cara: 1. Hiris daun kunyit dengan begitu halus dan nipis. Kemudian digaulkan bersama dengan bahan kisar.
2. Lumurkan ikan terubuk dengan garam dan diletakkan di atas daun pisang yang telah disediakan. Kemudian masukkan bahan-bahan yang telah dikisar ke dalam perut ikan dan sekitar luarannya seperti dibungkus. Gunakan kesemua bahan sehingga habis. Kemudian bolehlah dibalut dengan sebaik-baiknya menggunakan daun pisang tersebut. Bakar di atas bara api sehingga masak. Selamat Mencuba.
Cadangan Hidangan: Makan ketika masih panas.